SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,
PPR BATU MUDA, KUALA LUMPUR

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Batu Muda dicadangkan dibina di atas tapak penempatan setinggan dan kawasan bekas lombong. Lokasi penempatannya ialah betul-betul di hadapan Rumah Keluarga Angkatan Tentera, Ampat Tin, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan ialah Syarikat Durable Concrete Sdn Bhd.



Kerja-kerja merobohkan penempatan setinggan dan penambakan bekas lombong mula dijalankan pada bulan Disember 2003. Kerja-kerja penambakan di kawasan bekas penempatan setinggan dijalankan pada bulan Januari dan Febuari 2004. Kerja-kerja cerucuk dimulakan dengan Blok Kantin dan Blok Pentadbiran A.
Kerja-kerja pembinaan yang terdiri daripada Blok A, Blok B, Blok C dan Blok Kantin dijalankan dengan rancaknya sehingga siap sepenuhnya pada September 2005.
Pada bulan November 2005 upacara penyerahan kunci oleh Syarikat Durable Concrete Sdn Bhd kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.  Pihak Durable Concrete Sdn Bhd diwakili oleh En. Mohd Sabry Che Musa (DCSB), Pn Misriaton Sulaiman (MSA Arkitek), En. Zailani Mohamad (KSSB), Mr Ang Ah Peng (RE WBSB) manakala Pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwakili oleh En Mohd Noor (JPWP), Pn. Chan Bee Tin (Guru Besar), Pn. Norhayati (PK1).

Sekolah Kebangsaan Batu Muda dimulakan dengan Mesyuarat Guru Kali Pertama pada 31  Disember 2005 dan sesi persekolahan   pertama   ialah pada 2 Januari 2006. Jumlah guru pada masa itu ialah seramai 26 orang guru, Seorang Pembantu Tadbir dan Seorang Pembantu Am Rendah. Jumlah murid pula ialah seramai 467 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Guru Besar Pertama SK Batu Muda ialah Pn Chan Bee Tin.
Share on Google Plus

About SK BM

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan :

Catat Ulasan